Tuesday, March 9, 2010

BARISAN TERTINGGI PERSATUAN KEJURUTERAAN AWAM 2010!!!

Ini lah barisan jawatankuasa PERKA bagi tahun 2010..
Harap semua dapat mengenal semua ahli-ahli tertinggi perka...
Suara Anda, Perjuangan Perka!!!

Wednesday, March 3, 2010

PERJUMPAAN BERSAMA MPP DAN SEKRETARIAT MAHASISWA FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM.


Pada 25/2/2010, satu meeting Persatuan Kejuruteraan Awam (PERKA) bersama MPP Fakulti Kejuruteraan Awam dan Sekretariat Mahasiswa Fakulti (SMF) telah di adakan pada pukul 8 malam bertempat di bilik persatuan level 5. Di dalam meeting tersebut, semua ahli jawatankuasa PERKA dan SMF melakukan sesi taa'ruf di mana ini ada la usaha untuk merapat kan lagi hubungan di antara PERKA dan SMF. PERKA dan SMF masing - masing membentangkan perihal dan latar belakang persatuan. Presiden kami iaitu Nabil bin Mohd Najib telah memperkenalkan objektif dan hala tuju PERKA.Objektif meeting itu diadakan ialah untuk mencari kata putus dan persetujuan di antara kedua - dua belah pihak. Meeting yang berlangsung selama hampir 2 jam itu banyak memberi pengisian dan info pada PERKA. Di dalam meeting tersebut, MPP telah menetapkan supaya PERKA dan SMF dapat berkerjasama dalam menceriakan bilik persatuan. MPP juga telah meminta bahawa bilik persatuan itu mesti dijaga dengan rapi dan teratur. PERKA dan SMF telah bersepakat untuk mengadakan gotong - royong untuk mengemas dan menceriakan bilik persatuan. Selain dari itu, bagi mengelak dari segala kekeliruan dan kekalutan, penggunaan bilik persatuan telah dibahagi kan. Di harap selepas pertemuan ini, PERKA dan SMF dapat berkerjasama dalam melaksanakan sebarang aktiviti bersama.

SUARA ANDA, PERJUANGAN PERKA!!!!!!